BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 31, 2010

Dari MATA turun ke HATI

Diadaptasikan oleh ntah sapa sapa too~

Saat mata terpana mengenang semula sebuah janji, ada degupan di hati yang mengatakan hembusan angin rindu sedang bertiup. sekian lama perasaan ini di pendam, semakin takut rasanya kehilangan insan itu. hanya hati yang mengerti perasaan sebenar, dan hanya diri yang tahu rasa hati.

Bintang serta sahabat setianya bulan menjadi saksi, saksi persahabatan antara dua insan. pada mulanya hanya teman sehinggakan tanpa di sedari telah WUJUD perasaan sayang antara dua insan. Perasaan itu tidak dapat di nafikan lagi. Jauh dilubuk hati seorang wanita ini untuk melukakan hati insan yang di sayanginya.

Cinta antara 3 insan yang berbeza. Rasa cinta yang ikhlas lahir dari hati menjadi pengikat kasihyang di harapkan berkekalan. Tapi, sampai bilakah seorang insan lagi akan menanti, adakah dia sanggup? dan diri ini tidak sanggup untuk kehilangan dirinya. Hanya dia penawar duka dan pengubat gembira.

Diri ini berharap agar perasaan ini menentukan pilihan terbaiknya dan kekal dalam mengapai kebahagiaan hidup. Dan sesungguhnya diri ini akan terus membuka pintu hati untuk menerimanya, sungguhpun hanya sekadar TEMAN. kekosongan hati nya sekarang tidak dapat di isi lagi kerana dia hanya mengharapkan pada satu insan yang amat dia perlukan, menjadi penguat kehidupan dan pemberi kebahagiaan kepadanya.

Janji tidak dapat diungkapkan, hanya harapan yang dapat di berikan, hanya kesabaran dan ketabahan hati seorang insan yag tulus menyayangi dan menyintai sepenuh hati akan sanggup menanti....~